Dato’ Fazley tunai umrah bersama Imran Ajmain

Menerusi laman Instagram, penyanyi dan usahawan, Dato’ Fazley Yaakob berkongsi momen yang kini dia sedang menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak sulung nya.

Malah, rakan penyanyi Imran Ajmain turut serta menunaikan ibadah umrah bersama keluarga Dato’ Fazley:

“Bismillah… @azrene_ahmad @fariedzfazley @imranajmain. Day 1: #Jeddah 2am – Alhamdulillah, we have arrived safely. Telah #Ihram dan niat ketika pesawat melewati #Miqat. Bismillah!,” tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata peminat mendoakan segala urusan Fazley dipermudahkan.

Imbas kembali, Dato’ Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, 12, Ahmad Fieradz, 10, Ahmad Fierudz, 9 dan Alayna Salma, 3.

Semoga Dato’ Fazley sekeluarga serta Imran Ajmain dikurniakan umrah yang mabrur.

 

 

 

 

 

Sumber:myartis