Dari Smule Ke Pentas Dunia!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Perumpamaan itu sangat tepat bagi menggambarkan perjalanan seni Khai Bahar yang semakin meningkat naik.

Walaupun baru 4 tahun menjadi anak seni, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 26, telah dilamar untuk menjayakan persembahan di pentas Istana Budaya pada 27 & 28 Mac nanti.

Menurut Khai ia merupakan impian setiap penyanyi tanah air untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu dan dirinya cukup bersyukur diberikan peluang.

“Apabila saya ditawarkan untuk membuat persembahan di Istana Budaya, sudah tentu saya tidak men0lak. Lagi-lagi peluang itu bukan selalu kita dapat.

“Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya. Bukan saya sahaja, rasanya semua penghibur mengimpikan dan berangan untuk buat konsert di pentas itu.

“Saya tak takvt dengan kritiikan atau pandangan orang terhadap saya sebab apa yang saya nak hanyalah keluar dari kebiasaan.

Memang saya masih baru dalam industri tapi dah orang beri peluang, saya akan cuba buat sebaik mungkin,” katanya.

Konsert itu dianjurkan oleh syarikat produksi milik pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy iaitu Ogy Ventures.

Ketika  ditanya mengenai pemilihan Khai sebagai artis pertama yang mengadakan konsert di bawah produksinya, Ogy berkata dia cukup meminati suara Khai yang lunak merdu dan Khai mempunyai sesuatu dalam diri yang masih lagi belum digali sepenuhnya.

“Konsert sebegini yang dilatih di bawah pasukan yang dipertangungjawabkan boleh membuka mata buat penyanyi generasi baharu bagaimana seni persembahan pentas yang sebenarnya perlu mereka belajar.

“Untuk konsert ini, saya telah melantik Adeep Nahar sebagai guru vokal Khai dan saya ingin imej Khai nampak lebih ‘mahal’ ketika berada di atas pentas Istana Budaya itu nanti,” katanya.

 

 

 

Sumber:KopiPlanet