Nourul Bangga Anak Kali Keempat Dapat Anugerah Dekan ,Pandainya!

Menerusi Instagram, penyanyi Nourul Depp melahirkan rasa bangga kerana anak sulungnya,Ayu Nazirah memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian.

Catatan Nourul,

“Anak kecik ni dah besaq dah. Tak pernah berenti buat kami bangga denagn dia. Lahirkan dia ke dunia ni pun dah buatkan kami bangga.

”Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami.

”Kali ke empat dapat anugerah dekan dari #unimas. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas nikmat ini. Tahniah @ayu_ace, Mama love you,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah atas kejayaan anak remajanya itu.

Sekadar informasi,Ayu Nazirah merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh, Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru mula menunjukkan kecemerlangannya dalam bidang akademik apabila mendapat  keputusan  9 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang lalu.

Ayu  kini menyambung pengajiannya di dalam bidang zoologi di  Universiti Malaysia Sarawak atau UNIMAS.

 

Ayu merupakan anak Nourul bersama suaminya sebelum ini, komposer Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas.

Mereka berkahwin pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

 

 

Foto: Instagram Nourul Depp

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH