Menerusi laman Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi cerita sedih pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.
Cerita Mak Jah ,apabila pertama kali mendapat tau dia mengidap k4nser rahim,Mak Jah mempersoalkan apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga mendapat ujian sebegitud dari Maha Esa.
“Adakah kerana d0sa-d0sa saya mendapat penyaakit ini? Rasanya saya tidak pernah membuat dosa yang dil4knat tuhan. Sepanjang hidup saya, saya menjaga anak-anak, mencari rezeki siang dan malam, namun mengapa saya diuji begini? “ jelasnya.
Namun lama-kelamaan Mak Jah redha dengan ujian yang menimpanya.
Sehingga kini dia telah membelanjakan lebih RM60,000 bagi rawatan mengubat penyaakit yang dialami.
Malah pajakan barang kemas masih berbaki RM17,000 dan belum lagi ditebus.
“Saya jangkakan kos perubatan dalam RM20,000 hingga RM30,000 namun rupanya lebih daripada itu. Saya berhabis lebih RM60,000 termasuk barang kemas yang masih belum ditebus sekitar RM17,000.
“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga.
Saya tidak pernah meminta kepada anak-anak apatah lagi orang luar. Namun apabila jadi begini, apakan daya.
“Namun saya sedih dengan kata-kata yang dilemparkan mend4kwa saya meminta sedekah.
Saya tidak meminta sedekah dan tidak meraih simpati,” jelasnya tidak mampu menahan tangisan.
Wanita ini turut menjaga seorang cucunya, Erin, kanak-kanak istimewa. Kata Mak Jah, cucunya terkena sawan sewaktu berusia enam tahun dan sejak daripada itu, percakapan dan pemikirannya terbatas.
Selain itu, pelakon senior ini berkongsi aktiviti yang dilakukan setiap hari bagi melengkapkan hidup di penghujung usia sebagai umat Islam.
Jelasnya, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah atau pusat Rehat Dan Rawat (RnR), dia akan membawa balik telekung di surau, mencuci dan memulangkannya kembali.
“Selalunya saya akan mengambil telekung yang kotor di pusat membeli belah atau RnR dan tinggalkan telekung yang bersih. Inilah amal jariah yang boleh dilakukan pada usia begini,” jelasnya yang menetap di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur sejak 2006.
Sumber : Youtube DS Aliff Syukri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:MH