Minyak cili Sichuan style yang serbaguna. Boleh makan dengan nasi atau mee, boleh juga buat rencah menumis

Minyak cili Sichuan ni memang menjadi pilihan hati, kalau pergi ke kedai Chinese food.  Paling sedap kalau dipadankan dengan Mee Kari. Fuhhh! Walaweh ..

Saudara Khairul Abdullah, berbesar hati berkongsi resepi ini.

Bahan :

½ – 1 cawan serbuk cili (chilli flakes)

2 cawan minyak masak

1 batang kulit kayu manis

5 ulas bunga lawang

1 helai daun salam / bay leaf

1 sudu lada biji/pepercorn

Sedikit garam.

Cara :

1. Masukkan serbuk cili ke dalam botol atau jar dan taburkan sedikit garam dan kacau.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan semua bahan dan tumis sekejap sampai naik bau.

3. Tutup api dan tapis minyak tadi (nak minyaknya sahaja) terus ke dalam botol yang ada serbuk cili tu. Tuang minyak panas tu tau, jangan tunggu sejuk baru nak masuk botol yanga ada chilli flakes tu. Siap!!.

Letak dalam botol camni, nanti senang nak ceduk setiap kali nak makan dengan makanan berkuah ataupun nasi.

Nak buat cicah dengan popia atau dumpling pun boleh. 

Kalau time masak malas nak menumis kan..  guna terus minyak ni pun sedap. 

Cubalah!

 

Nota: Minyak cili ni boleh tahan sampai 6 bulan , tapi kene simpan dalam fridge ya! 

 

 

Sumber : Facebook Khairul Abdullah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: icookasia