Lima tahun melayari alam perkahwinan, tidak sekali gosip rumahtangganya kedengaran.
Menurut juara Akademi Fantasia ke 5, dan sekarang bergelar usahawan,Mila Jirin dia ada mengamalkan beberapa cara bagi mengekalkan kebahagiaannya dalam rumah tangga.
Dan Mila ada berkongsi tips tersebut di dalam IGnya.
Tulis Mila,
“Macam mana nak tambahkan KEBAHAGIAN dalam rumah tangga?? “Bangun pagi WAJIB mulakan dengan SENYUMAN (walaupun malam tu marah kr merajuk ke) sebab SENYUMAN ni macam 1 penawar untuk neutral kan segala ion ion NEGATIVE yang ada dalam diri kita…
“Kalau boleh hari2 every morning PELUK erat erat pasangan kita for few minute…feel the warm…feel the heart beat…dan ucapkan I LOVE U!,” kongsi Mila.
Dalam pada itu,Mila juga berfikiran positif bahawa setiap pasangan mempunyai kekurangan masing-masing dan perlu perbaikinya.
“Suami Isteri ni kena sama sama buang EG0 dan sering MAAF dan MEMAAFKAN…Kena selalu fikir, APA TUJUAN PERKAHWINAN itu?? Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama PERBAIKI demi mencari Redha ALLAH..
“Buat suami tercinta @isz_mustapha , doakan isteri u yang cute ni jadi Isteri yang TAAT ya,” akhiri Mila sambil disertakan gambar bersama suaminya.
Untuk rekod, Mila berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak,Arif Zikri yang kini berusia tiga tahun.
Foto : IG Mila Jirin
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: MH