“Walaupun awak fikir awak lebih baik encik ex boyfriend, saya boleh menjadi yang lebih baik daripada awak”

Menerusi rancangan temubual Trek Selebriti, usahawan dan pengacara popular, Neelofa ada bercerita  lamanya mengenai kisah cintanya kepada umum.

Malah dia turut mengakui sangat kecewa sewaktu percintaan yang terjalin tiba-tiba putus di tengah jalan.

Namun, dia terus bangkit demi membuktikan putus cinta membuatkannya lebih bersemangat dalam memburu kejayaan.

“Sebenarnya sewaktu saya mula-mula menceburi bidang hijab dan lens, saya tengah patah hati. Saya sangat kecewa dengan bekas kekasih pada waktu itu.

“Saya masih muda, baru 25 tahun dan masih mencari-cari identiti. Apa yang mahu dilakukan. Disebabkan sedih dan kecewa, saya salurkan ke dalam bidang perniagaan.

“Saya kerja sehingga jam 4.00 pagi dan setiap hari begini.

“Saya mahu buktikan kepada orang yang saya kenal bahawa dengan dia atau bukan, saya wanita yang kuat, saya boleh menjadi seseorang,” jelasnya jujur.

“Kali kedua saya putus cinta, saya berniat untuk terus dikenali ke peringkat dunia, saya mahu jenama saya ke peringkat lebih luas.

“Bila putus cinta, saya tidak duduk dalam bilik dan menangis. Saya bukan begitu. Saya gunakan kes3dihan dan kek3cewaan untuk sesuatu yang lebih bagus.

“Walaupun awak fikir awak lebih baik encik ex boyfriend, saya boleh menjadi yang lebih baik daripada awak,” jelasnya.

Perkongsian Neelofa ini  lantas membuatkan wargamaya berteka-teki mengenai bekas kekasih yang dimaksudkan.

Rasanya dah terang lagi bersuluh kot..siapa ex yang dimaksudkan itu. 

Heheh..

 

Foto : Instagram Trek Selebriti

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH