Rahsia Hubungan 12 Beradik Kekal Harmoni Walau Tanpa Mak Ayah

Jarang sekali kita dengar bagaimana adik-beradik terutamanya yang ramai bilangannya masih kekal utuh, akrab hubungan mereka walaupun tanpa orang tua. Jika ada pun, mungkin tidak banyak.

Kerana secara logiknya, masing-masing akan membawa haluan sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Dan jika mahu berkumpul sekalipun, hanya ketika musim perayaan atau jika ada agenda tertentu sahaja. 

Tetapi,tidak dengan keluarga ini. Mereka kedua belas adik-beradik semua akrab dan rapat sesama mereka membuatkan terdetik rasa kagum dan hormat dengan asas didikan yang sudah tertanam dalam diri mereka sejak kecil lagi.

Semoga bingkisan kisah keluarga Allahy4rham Maimunah Mat Dohon dan Abu Bakar Shafie dapat dijadikan  ikutan kita semua.

Semuanya bermula saat ibu mereka m3ningal ketika yang bongsu baharu berusia 11 tahun. Lima orang adik-beradik sudah berkahwin manakala tujuh orang lagi belum berkahwin. Walaupun ada yang masih belajar tapi hampir semua adik-beradik sudah bekerja.

Pahit getir hidup seramai 12 adik-beradik tanpa ibu dan  ayah

Selepas kehilangan kedua orang tua,mereka bersepakat tidak akan menyerahkan adik-adik yang kepada orang lain.

Setiap yang sudah bekerja waktu itu  akan  menanggung  perbelanjaaan pembelajaran adik-adik yang masih belajar hinggalah mereka berjaya ke universiti. 

Tidak pernah ada perselisihan faham kerana mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 

Keluarga besar ini juga mengamalkan budaya panggilan abang chak, abang cik, kakak long, kak cik dan sebagainya agar tidak timbul isu berpuak-puak kerana masing-masing mengamalkan prinsip tiada perasaan iri hati antara satu sama lain. 

Mereka juga sentiasa beringat yang  punca kesenangan mereka pada hari ini ialah hasil daripada pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak yang tua. 

Abang yang kedua dan isterinya (kakak ipar sulung) yang paling banyak memainkan peranan dalam membentuk sahsiah adik-adik kerana mereka tinggal bersama.

Disebabkan mereka tinggal di rumah pvsaka, makanya hubungan adik-beradik tidak putus kerana masing-masing tetap pulang ke rumah peninggalan ibubapa mereka.

Malah majlis  perkahwinan adik-adik juga dibuat di rumah itu . Semua perkara akan dibincang bersama dan begitu juga kutipan wang untuk setiap majlis contohnya seperti tahlil dan sebagainya.

Agenda wajib dalam majlis pertemuan keluarga 

Agenda wajib bagi keluarga besar ini adalah setiap kali raya kedua Aidil Fitri, mereka semua akan berkumpul dan mengadakan malam barbeque.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan percutian keluarga setiap hujung tahun. Destinasi pilihan selalunya di Pulau Pangkor kerana terdapat kemudahan asas seperti kolam mandi dan akses terus ke laut.

Ini juga untuk memudahkan aktiviti sukaneka dijalankan.Setiap keluarga diwajibkan membawa satu menu dan nasi serta tiga hadiah untuk sukaneka. 

Didikan dan pesanan Allahyrhm emak dan ayah yang masih dipegang dan diamalkan hingga hari ini

Arwh kedua  ibubapa mereka amat menitikberatkan pendidikan agama. Kesemua mereka khatam Al-Quran sebelum berumur 12 tahun.  Solat semestinya tidak boleh tinggal.

Dan kerana kedua arwh sangat garang, tidak ada perkataan kasar yang pernah keluar dari mulut mereka jauh sekali mel4wan atau bergadvh sesama adik-beradik.

Bagi anak-anak perempuan; mereka tidak boleh berkahwin selagi tidak bekerja.

Kerana jika berlaku berlaku sebarang musibah, anak-anak perempuan akan ditimpa kesvsahan, hidup mer3mpat dan sebagainya. Oleh itu ibu mereka tetap menitikberatkan agar anak-anak perempuannya boleh berdikari.

Kunci kekalkan hubungan dan ikatan sesama beradik
Saling hormat menghormati dan jangan pernah ada perasaan iri hati antara satu sama lain. Ini semua pinjaman sahaja daripada Allah SWT.

Semoga keluarga ini akan kekal harmoni dan menjadi contoh kepada yang lain. 

Kredit foto:Anisah Abu Bakar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak

Facebook Comments