Petua Abby Fana buang toksik dalam badan ikut cara Ustaz Hanafiah

Penyampai radio Sinar, Abby Fana berkongsi petua untuk membuang t0ksik dalam badan dengan cepat dan mudah.

Menggunakan ramuan yang sudah tersedia di dalam rumah, kata Abby kaedah yang baru diamalkannya itu juga berupaya untuk merawat str0k.

“Sebelum tidur saya nak pijak-pijak garam kasar dan lada hitam ni, sekurang-kurangnya 5 minit.

“Ustaz Hanafiah kata petua ni elok untuk buang toksik dalam badan dan juga bagus untuk mereka yang mengalami str0k.

“Saya nak buat video demonstrasi tetapi memandangkan ia melibatkan bahagian kaki maka kita tunjuk gambar saja. Ini merupakan sesi kedua saya,” kongsi Abby menerusi akaun Instagramnya.

Perkongsian Abby itu mendapat perhatian ramai yang mahu mencuba sendiri di rumah.

“Sepupu saya str0k sebelah kanan. Dia pun buat macam ni. Alhamdulillah.. Beransur pulih tangan kanannya dapat digerakkan semula dengan sendiri,” tulis @maisarahassan.

Malah, ada yang berpendapat kaedah yang sama boleh menghalau ganggvan jin.

“Lepas tu tabur keliling rumah kan ‘pagar’ rumah orang kata,” saran @saraarisufy.

“Dalam perubatan Islam pun kata bagus amalkan macam ni, boleh halau jiin,” tulis salah seorang pengguna.

“Ustaz saya cakap, amalkan juga minum bancuhan garam, limau nipis dan cuka untuk buang benda-benda tak elok dalam badan,” tambah pengguna lain pula.

Menurut Abby lagi, campuran kedua bahan ini boleh digunakan berulangkali.

Dalam pada itu, ada juga bertanyakan Abby Fana dari sudut saintifik, tetapi dijawab dengan bijak oleh penyampai radio tersebut.

 

 

Sumber:Gempak