Resepi Paprik Ayam Kaww. Halia jangan banyak, nanti tak sedap

Resipi kz ni viral sejak 3 tahun lepas. Memang lazat tak terkata dan rasa dia sangat kawww.

Jom kita tengok bahan utk resipi simple ni.

Bahan-bahan: Isi ayam, Serbuk kunyit Garam

Tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia (1 hiris shj)
  • Serbuk cili
  • 1 btg serai dititik
  • Daun limau purut
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap cap kipas udang manis (letak sikit untuk bagi warna cantik sahaja)

Cara penyediaan boleh rujuk setiap gambar.

Ayam dipotong dadu, gaulkan bersama garam dan kunyit

Goreng separuh masak

Tumbuk halia,bawang merah dan bawang putih (halia jangan banyak sangat, nanti tak sedap)

Tumiskan serbuk cili, serai, daun limau purut dan bahan yang ditumbuk tadi 

Bila dah garing, masukkan sedikit air, letak sos cili, sos tiram dan sedikit kicap. (Kicap untuk bagi warna kat paprik kita ni)

Masukkan pula sayur-sayuran. Ikut suka korang nak letak apa. Tapi selalunya orang akan letak kacang panjang, bawang Holland,bunga kobis ,baby corn, cili potong. 

Kalau nak pedas,letaklah cili api. 

Bila sayur dah lembut, letak ayam yang digoreng separuh masak tadi.

Kalau tengok kuah tu macam cair, pekatkan dengan letak tepung jagung yang dibancuh bersama air. Letak sikit je tau! 

Pastu rasa paprik korang tu.  Kalau masih rasa tawar, perisa kan dengan garam secukup rasa.

Paprik ayam kawww is done! 

 

 

 

Sumber:Koleksi Resepi Masakan Ayam