[Foto] Transformasi Naim Daniel dari layar perak hingga ke pentas juara

Wajah pelakon dan penyanyi Naim Daniel sebenarnya sudah lama menghiasi kaca televisyen menerusi slot drama-drama tempatan. 

Namun, ketika itu bakat anak muda yang berbakat ini dipandang sepi kerana dia sering memegang watak sampingan sahaja.

Bagaimanapun, rezeki mula menyebelahi Naim apabila wataknya sebagai Budi,seorang pemuda OKU dalam drama Pia menjadi. 

Dalam pada masa yang sama, lagu ciptaan Naim yang berjudul Sumpah menjadi runut bunyi drama tersebut  sering diputarkan di corong-corong radio melonjakkan lagi nama Naim Daniel di persada seni.

Kejayaan terbaru Naim Daniel ialah apabila lagu ciptaannya itu dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

Jadi ,  mari kita saksikan  transformasi penyanyi berusia 21 tahun itu seawal zaman kanak-kanaknya sehingga kini.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH