Followers bertambah lepas hasilkan karikatur Abam

PEMERGIAN pelawak Abam yang juga anggota kumpulan Bocey ternyata mengundang sayv dalam kalangan rakyat negara ini.

Tidak terkecuali, pelukis Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise, 35, turut bersedih atas pemergian itu sehingga memberi inspirasi untuk dirinya menghasilkan karikatur khas buat kumpulan pelawak berkenaan.

“….sebab Abam ni special… jadi saya terdetik untuk buat karikatur selepas dapat berita kem4tiannya.

Ise mengakui terkesan dengan pemergian Abam sehingga terhasilnya karikatur khas.

“Kami pernah lukis gambar Abam sebelum ni. Dia selalu like dan komen di Instagram kami. Dia sokong kami dengan cara begitu.

Selain karikatur Abam, satu lagi karikatur melibatkan para pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dihasilkannya turut mendapat perhatian ramai.

Ia susulan karya seni itu dikongsi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram pada Selasa.

“Datuk Siti ni dah level lain. Tak sangka dia repost, siap bagi kredit lagi. Bukan senang nak dapat macam ni.

“Memang terkejut dan gembira. Followers juga bertambah selepas saya hasilkan karikatur Abam dan Datuk Siti.

 

Siti Nurhaliza berkongsi karya Ise menerusi ruangan Instagram.

“Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni. Begitu juga Datuk Siti, rasa berbaloi perjuangan kami dalam bidang seni lukisan,” katanya lagi.

Team Artortoise dianggotai Sara (paling kanan) diikuti Ise dan Iwe (paling kiri) dalam sebuah program bual bicara.

Karikatur yang dihasilkan Artortoise berkisar isu semasa

Dalam pasukannya di Artortoise, Ise turut disertai dua lagi pengkarya iaitu Iwe dan Sara.

Selain karikatur digital, mereka turut menghasilkan pelbagai ilustrasi dan kerja grafik.

Semoga team Artortoise terus sukses.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar