Walau diuji dengan fibr0id, Nora tak serik untuk hamil lagi

Nora Danish adalah artis yang  sentiasa tampil menawan dan bijak mengadun gaya yang sesuai dengannya.

Perkembangan nya yang terkini,Nora baharu sahaja selesai penggambaran filem terbaharunya iaitu Polis Evo 3.

“Saya baharu sahaja shooting filem Polis Evo 3 dan selepas ini saya akan masuk set semula untuk sebuah telemovie dengan Osman Ali (ketika temu bual ini berlangsung),” tutur Nora Danish lembut.

Selain berlakon, pelakon berkulit putih ini juga sibuk menguruskan dua perniagaan iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd. “OwlbyNd kini sedang sibuk dengan Raya Collection dan sekarang saya juga ada keluarkan produk terbaharu iaitu Tara V-mist. Jadi sekarang saya sedang tumpukan perhatian pada produk tersebut,” kata Nora Danish.

Bila ditanya tentang keinginan Nora Danish untuk tambah anak, sambil tersenyum jawab Nora Danish, “Itu lah seperti mana kata orang, seorang ibu selalu lupa kesaakitan masa melahirkan sebab bila tengok anak dah besar rasa rindu nak ada baby balik.

Macam sekarang, anak saya dah berusia dua tahun, rasa macam cepat masa berlalu. Daripada baby kemudian dah boleh berjalan.

Rindu nak ada baby especially baby girl sebab saya dah ada 3 anak lelaki. Kalau diberikan rezeki Nora nak anak perempuan. Insyaallah sebelum berumur 40 tahun ni,” ucap pelakon yang berusia 37 tahun ini.

Menyingkap kisah kelahiran Nora Danish terdahulu, “Kalau ikutkan saya ada rasa takut nak mengandung lagi sebab lastest baby lahir di usia 8 bulan sebab ada kOmplikasi fibrOid.

Saya ada pendar4han yang sangat teruk, so memang takut. Takut tapi macam nak juga, macam mana?” tutur Nora Danish berseloroh.

Nora Danish juga sempat menitipkan nasihat kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kesihatan, “Nasihat saya kepada semua wanita agar selalu buat medical check up, pap smear dan sebagainya.

Ini penting supaya kita tahu tahap kesihatan dalaman. Kalau ada benda-benda (ketvmbuhan) macam tu elok kita buang sebab takut boleh mendorong kepada k4nser. Sentiasa buat check up sekurang-kurangnya setahun sekali.

Saya sendiri tak buat check up sebab tu tak tahu ada fibr0id. Jangan amalkan sikap selalu ambil sambil lewa tahap kesihatan kita. Ingatan ini penting terutama wanita yang lepas melahirkan anak wajib buat check up,” ungkap Nora Danish yang sudah membuang fibr0idnya.

Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish mengakhiri perbualan.

Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Danish binti Mohd Hanif berkahwin dengan Mohd Nedim Nazri pada 2017 setelah 8 tahun bergelar ibu tunggal. 

Setahun kemudian, pasangan  ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. 

Perkahwinan nya yang terdahulu bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. 

Semoga niat Nora Danish untuk dapat anak perempuan diperkenankan. 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: nOna