5 Mutiara Kata Tuan Guru Nik Aziz

Tepat jam 9.40 malam, hari  Jumaat 12 Februari 2015, negara kehilangan seorang agamawan yang disegani, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manusia m4ti menigg4lkan nama. Begitulah juga dengan Tok Guru Nik Aziz.

Sudah 5 tahun pemergian nya,namun ilmu  dan kebijaksanaannya, terutamanya mutiara kata yang menyentuh perihal agama tetap dikenang dan akan terus diingati.

Berikut ialah antara mutiara kata yang ditinggalkan Allahy4rham. Semoga segala yang dikongsi  ini menjadi pedoman untuk menghadapi hari-hari mendatang.

“Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan d0sa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang ‘brek’. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Ner4ka.”

– ‘Bertemu Janji Allah Jilid 2’

“Jahil adalah penyakit k4nser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit k4nser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.”

– Hikam Tok Guru Siri 3 (2008)

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.”

– sayangislam.com (2009)

“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah.”

– Komik Tazkirah Tok Guru (2015)

“Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh.

Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan.”

– Ucapan di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010

 

Semoga Allahy4rham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah. 

 

 

 

Sumber:Awani

Facebook Comments