Pelakon yang pernah mencipta kontr0versi kerana kelakuan-kelakuan peliknya di s0sial media,Iqram Dinzly atau kini mahu dikenali sebagai Iqram Al Muhammadi Diznly bersyukur ditimpa ujian yang membuatkannya belajar mengenai kehidupan.
Iqram mengakui dia diasingkan daripada kelompok rakan lama tetapi perjalanannya melakukan transformasi dalam hidup menjadi lebih mudah.
Jelas Iqram,“Saya dikelilingi ramai insan hebat dan berhati mulia selama dalam industri hiburan. Saya mungkin tidak memahami erti kehidupan dunia glamor sekiranya tidak berada dalam bidang ini. Saya tidak kisah jika mana-mana rakan yang menjauhi saya.
“Saya tidak mahu mereka terheret dengan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya. Lagipun, saya tidak mempunyai ramai kawan di kalangan artis.
“Siapa yang perasan tentu mereka tahu dengan siapa saya sering hadiri majlis dan keluar. Ada antaranya sudah berumah tangga dan berhijrah. Biarlah, mereka sedang mengejar apa yang diimpikan,” katanya.
Iqram berkata, dia bersyukur apabila Allah SWT mengasingkannya daripada kelompok lama dan mempertemukan dengan kelompok baharu.
“Saya perlukan kelompok baharu untuk mengubah hidup. Sekiranya terus dikelilingi kelompok sama, mungkin usaha ke arah transformasi akan menjadi sukar. Insya-Allah, apabila martabat diangkat, saya tiada masalah untuk kembali berhubung dengan rakan lama,” katanya.
Usaha menjalani transf0rmasi dalam hidupnya itu juga mendorong Iqram menjauhkan diri daripada dunia lakonan. Selain alasan berubah, masalah sama yang dihadapi syarikat produksi membuatkannya menjadi tawar hati.
“Tipu jika saya kata tidak minat mahu berlakon lagi. Minat masih ada, tetapi selagi sistem kelam kabut, tidak habis-habis alasan bajet tidak cukup dan semuanya mahu dikurangkan, saya lebih rela begini daripada mendengar masalah sama,” kata Iqram.
Iqram kini ingin memberikan fokus kepada perniagaan produk makanan yang bakal diusahakan secara kecil-kecilan di kampung halamannya di Ipoh, Perak tidak akan memaksa orang ramai untuk mempercayai tranformasi yang dilakukan.
Bagi Iqram, tiada apa yang ingin dibuktikan untuk membuatkan netizen kembali mempercayainya kerana mereka berhak memilih apa yang disukai.
Selama ini, kata Iqram, dia tidak pernah mencetuskan kontr0versi, sebaliknya netizen yang sering mencari kesalahannya dan memperbesar-besarkan isu berkaitan dirinya serta sengaja menjatuhkan namanya.
“Dalam kalangan anak seni, saya rasa anak Ipoh ini sahaja yang belum pernah menunjukkan bahagian sulit. Sedangkan, apa yang pernah terjadi adalah tidak disengajakan. Kain saya terselak…
“Jika betul ada niat begitu, lebih baik saya berb0gel. Saya pelik, netizen cuba menjatuhkan saya, tetapi apabila berlaku kepada selebriti lain, mereka angkat dan sanjung hingga semakin popular.
“Apapun, saya berterima kasih kepada netizen membantu krisis kehidupan saya menjadi lebih mampat dan padu.
Saya juga nampak peminat hanya mahu selebriti mengikut kehendak mereka, tetapi tak menghargai jika kita dalam kesusahan,” ulas Iqram mengakhiri perbualan.
Sumber:BH online