Resepi Tauhu Berlauk Dengan Sambal Kicap Istimewa

Tauhu bila goreng biasa pun dah sedap. Lagi bertambah sedap bila tauhu ni diolah menjadi tauhu berlauk.

Cicah pulak dengan sambal kicap yang pedas-pedas manis. Ariana nak share cara ariana buat tauhu berlauk. Setiap orang mungkin berbeza.

Bahan-bahan

2 ketul isi ayam *
4 ketul tauhu putih *
4 tiub tofu telur@tauhu telur *
4 biji telur *

1 biji lobak (dicincang halus)
4 batang daun sup (dihiris halus)
4 batang daun bawang (dihiris halus)
3 biji bawang merah (dicincang halus)
2 biji cili api (dihiris halus)

2sk serbuk lada putih
1sk serbuk lada hitam
1sk ajinomoto
1 kiub pati ayam

Cara-caranya

Blender bahan-bahan yang bertanda * .Kalau blende tak muat letak sekali banyak, blender sikit-sikit pun takpe.

Bila dah hancvr,campurkan  dengan bahan-bahan yang lain.

Haaa. .kacau sampai jadi macam ni. 

Lapikkan loyang 8″ dengan plastik. Tuangkan adunan. Kalau nak letak dalam bekas kecik-kecik pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

Kukus selama 25-30minit,sampai masak

 

 

 

 

 

Ni dia hasil nya. Sejukkan dulu, baru p0tong.

Sementara tunggu tauhu tu sejuk, kita buat sambal kicap.

Sambal kicap
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
8 biji cili api
4 biji bawang putih

Blender semua sekali.

Tada!!Ni  dia hasil nya .

Nota:Buat yang perut sensitif  tu, goreng kejap cili api dan bawang putih sebelum diblender.

Contoh kejadian tauhu yang dah sejuk dan siap dip0tong.

Celupkan dalam telur sebelum digoreng. Telur tu jangan lupa letak garam dulu ye.

 

Sedia untuk dimakan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ariana Sofia Ahmad via MAHN

Facebook Comments