Polis Hong Kong buru per0mpak bersenjata larikan ratusan gulungan tisu tandas

Hong Kong: Polis Hong Kong kini memburu per0mpak bersenj4ta yang melarikan ratusan gulungan tisu tandas di Mongkok, hari ini.

Bekalan produk itu kini berkurangan selepas pengguna membuat pembelian panik akibat kor0navirus baharu (Covid-19).

Difahamkan tisu tandas menjadi antara barangan paling dikehendaki meskipun pihak berkuasa sudah memberi jaminan bahawa bekalan barangan itu mencukupi.

Walaupun pasar raya telah meningkatkan stok produk itu, namun barangan itu sentiasa habis dijual.

Selain tisu tandas, beras dan pasta juga sering kekurangan stok di samping pembersih tangan dan produk pencuci lain.

Polis berkata, pada kejadian awal pagi itu, tiga lelaki menahan sebuah lori di luar pasar raya di Mongkok.

“Pemandu lori itu mendakwa lelaki berkenaan bersenj4takan pisau dan melarikan tisu tandas bernilai 1,000 dolar Hong Kong (kira-kira RM532),” katanya kepada AFP.

 

 

 

Sumber: BHOnline