Pengurus Yayasan Yatim Piatu Darul Raahman sifatkan Ashraf seorang pemurah

PELAKON Ashraf Sinclair disifatkan sebagai individu pemurah kerana ketika hayatnya dia kerap menyumbangkan derma dan bantuan kepada rumah anak yatim.

Perkara itu dided4hkan sendiri oleh Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib bahawa Ashraf merupakan penderma tetap rumah kebajikan kelolannya itu.

Justeru itu, pemergi4n Ashraf cukup dirasai oleh penghuni yayasan tersebut.

“Dia adalah penderma tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman.

“Dia sangat mesra, baik hati dan ramah. Kami merasai kehil4ngan apabila mendapat berita ini,” katanya semasa ditemui media di rumah duka, Jakarta Selatan pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Habib berkata kali terakhir dia bertemu pelakon berusia 41 tahun itu kira-kira dua bulan lalu.

“Ini kan sekolah agama, jadi bila pun dia boleh datang, selalu datang. Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang memberi rezeki kepada kami.

“Kami berjumpa dua bulan lalu, semasa jumpa itu dia sihat dan baik-baik sahaja,” ujarnya.

Di yayasan itu sendiri terdapat seramai 78 orang anak yatim piatu.

“Kadang kalau ke tempat kami, beliau juga membawa isteri dan anaknya,” ujar Ahmad Habib.

Ashraf meningg4lkan isteri, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

 

 

Sumber:Hot Detik via mstar