Ashraf Sinclair sudah tiada

JAKARTA– Suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair (40) meningg4l dunia sekitar jam 3.40 pagi tadi akibat ser4ngan jantvng.

Hal tersebut disahkan oleh pengurus BCL, Doddy dalam satu pesanan ringkas.

Ucapan takziah membanjiri laman Instagram Ashraf yang baru sahaja dikemaskini pada 3 hari lepas.

Begitu juga di laman Instagram Bunga Citra Lestari.

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London pada 18 September 1979 dan memulakan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Malaysia.

Ashraf menikah dengan penyanyi Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan seterusnya berhijrah ke Indonesia dan meneruskan kerjaya seninya di sana.

Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.

Salam takziah. Semoga Ashraf ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

 

 

 

Sumber:Kompas.com