Terima berita ketika ingin memulakan tugas

PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair, 39, dikatakan sudah tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugas sebelum mendapat berita mengenai abangnya, Ashraf, 40, meningg4l dunia di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Aishah mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan bersama dua lagi penyampai iaitu Rod Monteiro dan Prem.

Perkara itu dikongsikan Rod dan Prem dalam program berkenaan pagi, hari ini.

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” ujar mereka.

Katanya, sebaik dimaklumkan, Aishah yang terkejut terus bergegas pulang sebelum mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya.

Difahamkan, Aishah dimaklumkan Ashraf meningg4l dunia ketika sedang tidur.

Ashraf meningg4l dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta.

Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu.

 

 

 

Sumber:HM

Facebook Comments