Macam ratu Bollywood! Sekitar majlis malam berinai Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza

Mewah! Itu yang boleh digambarkan pada majlis malam berinai aktres Zahirah MacWilson bersama tunangnya,pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza.

Zahirah persis ratu Bollywood kelihatan sangat anggun dalam persalinan berwarna maroon.

Majlis ini cuma dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, undangan majlis persandingan kedua-duanya sudah mula diedarkan dan akan berlangsung Jumaat ini di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana di Petaling Jaya jam 7.45 malam.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang tarikh keramat itu, Zahirah mengakui teruja untuk menjalani fasa baru dalam kehidupannya itu.

“Ya, saya teruja. Ia adalah perjalanan dan cabaran baru yang akan saya tempuhi,” katanya.

Menurut Zahirah , segala  persiapan dilakukan sendiri tanpa sebarang tajaan.

“Saya bersyukur kerana ada pasukan pengurusan yang sangat bagus dan kami uruskan sendiri mengenai persiapan majlis itu nanti,” ujar Zahirah.

Terdahulu pasangan romantis ini mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu setelah dua tahun menyulam cinta.

Semoga majlis akad nikah dan juga persandingan berjalan  dengan lancar.

Tahniah! 

 

 

 

 

Sumber:Tvbeviral