“Doakan bayi saya ya..”-Yatt Hamzah

MALANG tidak berbau menimpa pelakon Yatt Hamzah apabila bayinya yang berusia 50 hari terlepas dari dukungan.

Yatt Hamzah berkata, anak keempatnya iaitu Suci Hawa Zulaikha terjatuh atas lantai dan insiden itu berlaku di hadapan matanya.

“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru saja jatuh atas lantai setelah kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.

Yatt berkongsi perkara itu menerusi di Instagramnya.

“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” kata Yatt.

Yatt memuat naik status berkenaan di Instagramnya pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Yatt ketika dihubungi mStar memberitahu bayinya mengalami sedikit bengkak di kepala dan perlu dipantau dalam masa 24 jam.

“Baby baru lepas dirawat. Dia ada bengkak sikit di kepala tapi tak boleh nak xray sebab masih terlalu kecil. 

“Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini tapi kena pantau dalam masa 24 jam.

“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke h0spital. Doakan bayi saya ya,” katanya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Yatt melahirkan bayi perempuannya seberat 3.30 kilogram di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas lewat 13 hari dari tarikh jangkaan.

Yatt dan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, serta Suci Hayfaa Medina, 2.

Pelakon drama Jejak ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Suci Hanania Malika, 10, hasil daripada perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Shukor.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar