“Ini harta saya dan anak..”- Ali kecil hati dengan ayat Nur Hidayah kepada ibunya

PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kem4tian arwah.

“Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.

Ali terkilan dengan kakak iparnya.

“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kepada dia kenapa cakap begitu kepada mak.

“Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” kata Ali ketika di sidang media yang dibuat pada Jumaat.

Allahyrhm Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meningg4l dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar