Kek perkahwinan Aiman- Zahirah dapat pujian netizen. Lain dari yang lain

Selepas sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz ,pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dan isterinya Zahirah Zainol Macwilson diraikan pula dalam satu majlis resepsi di tempat yang sama mereka dinikahkan iaitu Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling semalam.

Zahirah anggun dalam persalinan sentuhan pereka terkenal Rizman Ruzaini diinspirasikan dari ballerina ballgown manakala Aiman segak mengenakan sut dari pereka S Bahar.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, ialah kek perkahwinan pasangan ini yang tak ubah seperti chandelier. Kreatif habis!

Rasanya setakat ini tiada lagi pasangan artis yang kek perkahwinan mereka bercirikan upside down seperti Aiman-Zahirah.

Netizen juga teruja dengan kek perkahwinan artis kesayangan mereka ini yang lain dari yang lain.


Apapun, semoga Aiman dan Zahirah selamant menjalani alam rumahtangga dengan rukun ,aman damai sehingga ke akhir hayat.

Berikut kami kongsikan  foto sekitar majlis resepsi mereka. Enjoy!

 

Sumber:IG lilylolacakes,Mahligai Creative