“Sabar ye Emma,kami tengah study faraid tak habis lagi ni…”- Netizen

Aksi pelakon Chacha Maembong dicium oleh kakaknya, Emma Maembong dan abang ipar, Shazli Azhar semasa bergambar di atas pelamin mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menerusi Facebok Makcik Bawang Channel, rata-rata netizen menegur tindakan dan kelakuan tersebut kerana dianggap tidak menjaga batas pergaulan antara ipar duai, bukan mahram.

 

Sebelum itu, beberapa keping foto yang dirakam oleh Project2pi itu tersebar di laman Facebook sejak pagi tadi.

Pada Khamis lalu, Emma selamat bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Emma memberitahu dia mula mengenali Shazli ketika menghadiri sambutan ulang tahun Uqasha Senrose pada tahun 2017.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini juga terbuka hati menerima Shazli sebagai suami kerana sikap lelaki itu yang mementingkan keluarga dan agama.

 

 

 

 

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar