“Dulu penjaga, sekarang Abang adalah malaikat yang menjaga saya”- Aishah Sinclair

Sayu membaca luahan Aishah Sinclair di laman Instagram beliau, bercerita tentang abangnya, Allahyrham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, Selasa lalu.

Menyifatkan arwh sebagai abang yang sentiasa melindungi adik, Aishah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika membesar bersama Ashraf.

 

“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal.

“Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.

“Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luahnya dalam entri penuh emosi dimuat naik di Instagram (IG), malam tadi.

Entri memaparkan foto arwah dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.

Aishah yang mendapat tahu berita pemergian Ashraf kira-kira 10 minit sebelum ke udara di konti stesen radio Mix FM, Selasa lalu, mengatakan arwh terlalu cepat meninggalkan semua orang.

“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.

“Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya dalam entri kedua yang dimuat naik di IG sejak Ashraf meningg4l dunia.

Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwh, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.

“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.

Aishah mengakhiri entri dengan melafazkan kata-kata berikut:

“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah malaikat yang mengawasi saya.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arwh Ashraf Sinclair di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Arwh meninggalkan balu, Bunga Citra Lestari dan anak, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: BH