“Saya tak mau beri sebarang komen” – Chacha Maembong

“Warganet terlalu negatif,” itu jawapan yang diberikan oleh Chacha Maembong bila ditanya mengenai isu fotonya  yang diapit dan dicium pasangan pengantin Emma Maembong dan suaminya di atas pelamin pada hari pernikahan aktres itu. 

Ditanya mengenai tindakannya itu, Chacha, 24, atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya.

Kebanyakan status yang dikongsi pengguna laman s0sial menganggap pelakon itu tidak tahu mengenai hukum agama dan batasan antara adik dengan abang ipar.

Ada juga yang menganggap selebriti tanah air umpama tidak mengambil endah perihal agama dan memiliki pengetahuan agama yang terlalu cetek.

Foto tersebut tersebar di media s0sial sejak semalam dan dipercayai ia dikongsi oleh akaun peminat Emma, Emanizers.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: HM