Ashraf berhajat bawa isteri dan anak menunaikan umrah

Rupa-rupanya Ashraf Sinclair ada menyatakan hasrat kepada sahabatnya, Ustaz Samsul Maarif untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ustaz Samsul Maarif yang baru sahaja berpeluang menziarahi pusara Ally4rham kerana baru pulang dari menunaikan umrah.

 “Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.

 

“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah. Ashraf ada menyatakan hajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment. 

Terdahulu, arwh yang berusia 40 tahun meninggl dunia akibat srangan jantvng.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyrham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Video : KH Infotainment

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH