(Foto) Sekitar majlis sambutan hari lahir Datuk K yang ke 61

Semalam, bertempat di Hotel Royal  Chulan Kuala Lumpur ,Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan satu majlis istimewa menyambut ulang tahun kelahiran suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-61 tahun.

Kejutan istimewa itu bertemakan warna hitam, putih dan keemasan.

Lebih menarik lagi, para jemputan yang hadir mengenakan t-shirt istimewa yang tertulis ‘Absolute Legend. Born In The Fifties’, manakala cucu-cucu mereka pula mengenakan t-shirt bertulis ‘My Grandad Is Cool’.

Beberapa jenis ‘permainan’ turut diadakan buat yang hadir menjadikan majlis lebih meriah lagi.

Perkongsian hidup selama 12 tahun dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Siti Aafiyah, manakala melalui perkahwinannya yang terdahulu, dia dikurniakan empat orang cahaya mata yang kesemuanya lelaki. Happy Birthday Datuk K!

 

 

Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Gempak

Facebook Comments