Hadiah jika menang pertandingan nasyid: Ziarah pusara Abam

Memasuki minggu kedua pemergiannya, aura figura yang bernama Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau nama komersialnya Abam Bocey masih terkesan di hati peminat nya.

Menurut seorang ibu, Sarimah Hassan, anak lelakinya Syahrullah Harries bin Shamsudin  merupakan peminat setia Abam sejak Abam muncul dengan tagline “Gemok is Awesome” .

Biarpun hanya sekadar melihat Abam di kaca televisyen, Harries tidak pernah menyatakan keinginan untuk bertemu dengan idolanya itu hingga lah Sarimah memberitahu anaknya itu tentang pemergian Abam sebaik saja Harries pulang dari sekolah.

Sejak itu ujar Sarimah, Harries berulangkali menyatakan keinginannya untuk menziarahi pusara Abam.

“Ia umpama meninggalkan kesan mendalam pada Harries dan sudah banyak kali juga dia ajak saya pergi ziarah,” katanya.

Suri rumah yang menetap di Sungai Buloh, Selangor ini mengakui kasihankan anaknya, tetapi belum berkesempatan kerana suami agak sibuk dengan kerja.

“Saya berjanji dengan Harries untuk membawanya melawat kubur Abam apabila ayahnya ada kelapangan.

“Pada masa sama, cikgu Afifuddin Ahmad Tajuddin, guru di sekolahnya berjanji jika Harries menang dalam pertandingan nasyid disertai, dia akan dibawa menziarah kubur Abam.

“Janji itu sangat menjadi pendorong semangat buat Harries berlatih setiap hari untuk menang dalam pertandingan disertai di Selayang Mall pada 27 Februari ini,” katanya.

Sarimah berkata, dia dapat melihat kesungguhan anak kelimanya berlatih setiap hari dengan harapan akan menang supaya boleh pergi menziarahi kubur arwh Abam.

“Saya mendoakan supaya Harries berjaya dalam pertandingan nasyid terbabit. Kalau dia menang, cikgu akan bawa.

“Sekiranya dia gagal menang dalam pertandingan nasyid disertai, saya tetap akan bawa dia menziarah kubur Abam biarpun tidak kenal arwh dan hanya melihat di televisyen saja. Itu janji saya,” katanya.

 

 

 

Sumber:HM

Facebook Comments