Berita keretakan rumah tangga pelakon Indonesia,Laudya Chynthia Bella bersama Engku Emran terus menjadi tandatanya.
Bukan sahaja memadam semua fotonya bersama suami,Laudya juga sudah tidak mengikuti (unfollow)laman Instagram Engku Emran.
Selain itu tindakan Laudya yang memuatnaik status mengunggah ayat dari surat Al-Anbiya juga seakan memberi bayangan bahawa rumahtangganya kini bermasalah.
Terbaharu, menerusi laporan Grid.ID, Laudya diserbu oleh sekumpulan media Indonesia ketika ditemui di sebuah acara hiburan di Senayan, Jakarta pada Ahad.
Mengambil pendekatan dengan mengunci mulut, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini hanya tersenyum meskipun diasak dengan pelbagai soalan panas.
Sehinggakan dia terpaksa dikawal oleh beberapa orang pengawal untuk mengiringinya ke kenderaan.
“Terima kasih ya,” kata Laudya sambil tersenyum.
Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sOsial kerana ingin menjaga privasi.
Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Sumber: mstar