“Minta maaf pada Mak tanpa sebarang rakaman video atau kamera”- Ali Puteh

MESKIPUN sudah memaafkan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri, pelawak Ali Puteh tetap dengan pendiriannya iaitu mahu usahawan kosmetik itu datang bertemu ibunya secara privasi tanpa sebarang liputan live di laman s0sialnya ataupun merakam video.

Menurut pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini, dia memilih pertemuan secara tertutup itu memandangkan ia melibatkan marvah keluarganya.

“Masa di sidang media Jumaat lalu, sudah saya katakan yang saya maafkan dia. Antara saya dengan dia tiada urusan lagi, cuma minta dia datang berjumpa dengan ibu dan keluarga.

“Seperti yang saya katakan, dia perlu bertemu dan memohon maaf kepada ibu saya tanpa ada kamera. Saya tidak akan membenarkan sekiranya dia ingin merakam atau membuat live.

“Sebab ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. Cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci,” kata Ali kepada mStar pada Isnin.

Aliff tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ali dan balu Allahyrham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah menerusi sidang media yang diadakan semalam.

Malah, dia juga bersedia bertemu Ali dan keluarga bagi menyelesaikan isu tersebut namun berhasrat untuk mengadakan siaran langsung di laman s0sial semasa pertemuan mereka itu nanti.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Puteh ini menegaskan dia sendiri akan memastikan tiada sebarang rakaman atau kamera pada pertemuan Aliff dan ibunya.

“Jika ada kamera atau sebarang rakaman, saya akan hentikan semua itu,” tegasnya.

Sebelum ini, Ali meminta Aliff bertaubat kerana telah memtuskan silaturrahim antara ahli keluarga mereka.

Ini berikutan tindakan Aliff bertanyakan soalan seniisitif kepada Nor Hidayah berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan arw4h Abam.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar