Sah,Putus!

TEKA-TEKI mengenai status hubungan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli akhirnya terjawab apabila aktres itu membuat pengakuan bahawa ikatan mereka sudah berakhir.

Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Intan juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu lagi bekas tunangnya terpalit dengan k0ntroversi dalam industri seni.

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.

“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” kata Intan kepada mStar.

Sebelum ini, mStar ada menerima kiriman email yang mendakwa Intan telah menyekat akaun Instagram dan memadam foto mereka.

Malah, perbezaan usia 16 tahun dan berlainan bidang berkemungkinan menjadi punca hubungan mereka bermaasalah.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 15 Januari lalu, Razrul tampil men4fikan dakwaan mengenai hubungan pertunangannya dengan Intran sudah berakhir.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini berharap semua pihak memahami dan tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi.

Pasangan ini bertunang pada Ogos lalu sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar