Allah tunjukkan kasih sayangNya kepada pengakhiran hidup seorang perantau yang serba kekurangan tetapi rajin bersedekah

Kisah remaja yang hidup  jauh merantau demi mencari rezeki buat diri dan ibu bapa sudah biasa kita dengar.

Tapi, kisah pemuda ini tidak seperti yang lain.

Rizal seorang remaja Filipina berusia 17 tahun merantau seorang diri ke Sandakan, Sabah. Dia tinggal di Kg. Sing Kee, Tanah Merah, Sandakan.

Tempat tidur Rizal yang bekerja sebagai kuli kapal itu hanya menumpang di rumah rakan-rakan. Kadang-kala dia tinggal di bangunan kosong.

Baru-baru ini Rizal meningg4l dunia akibat t!bi. Namun perginya sangat dipermudahkan.

Walau hidup sebatang kara, perjalanan terakhir Rizal penuh dengan kasih sayang daripada jiran-jiran yang mengenang jasa remaja Filipina itu yang tidak pernah lokek dengan rezeki yang diperolehinya.

Apakah amalan Rizal ketika hayatnya? Menurut jiran-jiran, Rizal rajin memberi ikan-ikan yang diperolehi hasil kerjanya sebagai kuli kapal untuk diagih-agih kepada jiran yang memerlukan.

Kisah Rizal ini bukan omongan kosong. Ia diceritakan oleh seorang wargamaya yang dikenali sebagai Abang Botak di Facebooknya. Abang botak menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di daerah itu:

Baru-baru ni ada satu kem4tian, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun akibat penyakit ti!bi.

Saya berharap rakan-rakan yang membaca kisah ini dapat sampaikan berita kem4tiannya kepada kedua ibu bapanya jika mengenali mereka.

Saya dimaklumkan ibu bapanya gagal dikesan dan difahamkan mereka berada di negara Filipina.

Namanya dikenali sebagai Rizal, beralamat di Kg.Sing Kee Tanah Merah Sandakan. Hidupnya sebatang kara tanpa kedua ibu dan bapa kandungnya di sisi.

Dengan usia begitu, dia menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai kuli (juragan) kapal, menurunkan ikan daripada kapal apabila melabuh di pantai. Dengan sedikit hasil upah dan ikan yang dia perolehi hasil daripada menurunkan ikan dari kapal.

Dia tidak lokek (kedekut) mengagih-agihkan ikan yang dia dapat kepada jiran-jiran yang berhampiran. sehinggalah dia sangat disenangi oleh orang ramai dikampungnya.

Tempat tidurnya di mana-mana saja. Kadang menumpang di rumah rakan-rakannya. Kadang tinggal di bangunan kosong saja. Begitulah kehidupannya sehari-harian.

Jika ada kapal ikan berlabuh keesokan harinya. Adalah rezeki yang akan dia perolehi dan diagih-agihkan kepada orang ramai di kampungnya lagi.

Itulah dia insan mulia bernama Rizal. Namun, orang baik biasanya Allah akan ambil lebih awal. Takdirnya dia telah kembali kepangkuan Ilahi pada 08.01.2020 dalam usia 17 tahun tanpa sempat bertemu ibu dan bapanya.

Hasil budi baiknya kepada orang ramai,Akhirnya Jenzahnya disempurnakan oleh orang ramai dikampungnya.

Semasa dalam perjalanan aku diceritakan, tentang pekertinya. Tempat urusan jenzahnya dirumah seorang makcik daripada kampung itu yang menawarkan pondok kecilnya.

Saya sangat terharu, meskipun dia tidak ada apa-apa, tapi dia ada orang ramai disekelilingnya membantu. Ada juga aku tawarkan kain k4fan.

Awalnya mereka setuju menerimanya.

Tapi ketika sampai di rumah makcik yang menumpangkan jenazah Rizal, saya dimaklumkan kain kafan sudah ada disediakan oleh ketua kampung di situ. Masya-Allah.

Segalanya dipermudahkan. Untuk tanah perkvburannya pun saya sudah maklumkan rakan penggali kubur di Jalan Aman. Alhamdulillah juga dipermudahkan.

Mereka tidak tetapkan harga. Berapa saja dia ambil katanya dengan sedikit sumbangan orang ramai yang ada di tangan, saya berikan kepadanya sebagai upah.

Alhamdulillah kini jenzahnya sudah selamat disemadikan. Ramai juga orang kampung yang mengiringi jenzahnya ke kubur.

Begitulah kisah kem4tian adik Rizal seorang yang baik kepada orang ramai dikampungnya. Aku doakan jika kedua ibubapanya masih hidup semoga mereka dapat datang melawat ke pusara anaknya ini.

Dan aku doakan, semoga rezeki orang-orang kampung yang membantu mengurus jenzahnya pula dimurahkan oleh Allah SWT.

Dan yang terakhir aku doakan semoga adik Rizal tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman dan dimasukan dalam syurgaNya. Amin

Di sini dapat kita lihat betapa Allah mengangkat darjat mereka yang suka menderma.

Walau hidup sebatang kara dan serba kekurangan, belum tentu m4ti nya juga akan sebatang kara. Hidup yang berbudi m4tinya akan dikenang..-SM

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:SemasaoNline