Seeloknya solat taubat itu dibuat setiap hari. Ini dia panduan untuk menunaikan solat taubat

Kita semua pend0sa .Sebab tu solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.

Waktu Sesuai Solat Taubat

Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang dihar4mkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Bagaimana cara solat taubat?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Cara Solat Sunat Taubat

  • Bersihkan diri. Ambil wudhu.
  • Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
  • Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang.
  • Selepas itu baru niat.

(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)

4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

5.Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.

6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.

7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

Astaghfirullahal’adziim atau

Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.

9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.

Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan AllaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita m4ti..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada AllaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.

Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

 

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;

1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.

InsyaaAllah.

Sumber: Nuremyliya Abdullah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: majalahilmu