Foto Rapper Antarabangsa, Akon Tunai Umrah Jadi Perhatian

Rapper terkenal Amerika Syarikat (AS), Akon ditemui ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah, baru-baru ini.

Kisah penemuan tersebut tvlar di beberapa media s0sial dan mendatangkan keterujaan apabila melihat sosok tubuh penyanyi itu berada di Tanah Suci.

Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Thiam menjelaskan bahawa hanya Islam merupakan kunci kepada kejayaan.

Rapper yang terkenal dengan lagu Lonely (2004) itu turut menekankan bahawa semua kejayaannya (selama ini) datang dari Allah dan Islam.

“Rahsia di sebalik kejayaan saya ini adalah dengan beriman kepada Allah yang Maha Kuasa dan dengan mengikuti (syariat) Islam,” katanya.

Akon ditemui di Mekah bersama ahli keluarga dan rakan terdekatnya.

 

 

Banyak gambarnya ketika di sana sudah tular di media s0sial.

Bagaimanapun, ramai yang tidak ketahui bahawa rapper kelahiran Senegal itu sebenarnya memang beragama Islam dan lahir pada 16 April 1973 lalu di St. Louis.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Islam itu indah