PENYANYI, komposer dan penerbit, Faizal Tahir berkongsi pengalamannya apabila 4 bulan hidup tanpa media sosi4l.
Faizal berkata, dia merasa tenang apabila ‘berehat’ empat bulan daripada menggunakan media s0sial iaitu selepas pemergian gitaris, Allahy4rham Aji atau Fauzi Samin.
Faizal berkata, perkara itu juga membuatkan dirinya ingin mengambil keputusan berhenti daripada terus berkarya.
“Mungkin orang nampak saya banyak berdiam diri, tapi sebenarnya, saya berehat dari media s0sial selama empat bulan. Waktu itu, saya baru saja selesai menyiapkan album Rojak dan sangat letih.
“Kebetulan, ketika itu, saya menerima berita pemergian, All4hyarham Abang Aji yang juga umpama tulang belakang untuk kerjaya seni saya. Saya pernah rasa sangat ‘d0wn’ dan tak mahu teruskan lagi berkarya,” katanya kepada Harian Metro.
Bercerita mengenai tempoh empat bulan tanpa media sosial itu, Faizal berkata dirinya lebih tenang.
“Perasaan saya dalam empat bulan itu lebih tenang. Rasanya, seperti kita sudah lama tak mandi dan tiba-tiba dapat mandi. Begitulah nikmat yang saya dapat rasa. Ia adalah satu pengalaman terbaik saya.
“Saya nasihatkan supaya orang ramai berhenti seketika daripada media sosial kerana ia sangat ‘menyucikan’ diri kita. Saya yakin, setiap orang akan terus melihat telefon bimbit setiap kali bangun dari tidur. Begitu juga dengan saya.
“Tapi, dalam empat bulan itu, saya bangun solat Subuh saja dan sekarang pun, selepas anak-anak ke sekolah, barulah saya pegang telefon,” katanya.
Namun begitu, Faizal tidak menafikan bahawa media s0sial dan telefon pintar adalah alat yang terpaksa digunakan.
“Ada batas yang perlu kita letakkan. Kalau dulu, saya akan meluangkan masa di media s0sial lebih kurang tiga ke empat jam sehari.
“Sekarang, saya sudah mula aktif semula dan mulakan dengan perkongsian mengenai aktiviti program kemanusiaan di Syri4 dan sebagainya.
“Seperti yang dikatakan, kalau nak berehat pun ada had juga sebab ada benda yang kita nak tahu dan beritahu kepada orang,” katanya.
Sumber:HM