Ngeri! Rupa susuk yang dapat dilihat dalam X-Ray seorang wanita

Baru-baru ini tvlar sebuah posting dari seorang pengguna Instagram yang menunjukkan bahagian dalam seorang tubuh wanita yang memakai ratusan susuk hangat diperkatakan.

Ratusan susuk tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam foto X-ray atau sinar-X yang dikongsi oleh pengguna Instagram Tasqia Syabira di akaun @tasyabira.

Dalam sinar-X itu, jelas bahawa ratusan susuk menempati tubuh wanita di bahagian punggung.

Ia kelihatan seperti garis putih yang tersebar di seluruh tubuh wanita itu.

Tasqia kemudian menjelaskan tentang pemakaian susuk dari sisi sains perubatan yang dia pelajari. Menurut Tasqia, susuk dalam sains perubatan disebut Charm Needles kerana kelihatan seperti jarum.

Yang menjadi mist3ri, susuk tidak menyebabkan komplikasi dan tidak dapat dilihat ketika seseorang menjalani pembed4han.

Tetapi susuk akan dapat dilihat ketika menjalani sinar-X sahaja.

“Susuk ini jarang menyebabkan komplikasi jadi biasanya lepas di X-ray tu tak sengaja terjumpa. Di X-ray ada, tapi kalau dibedah tak ada begitu”- tulisnya.

Lebih tidak masuk akal, susuk juga dikatakan boleh bergerak sendiri. Ini dialami oleh seorang pensyarah Tasqia ketika menjalani pembedah4an pada pesakit.

Tasqia mengatakan bahawa susuk sukar dilihat dengan mata kasar. Tetapi ia akan muncul ketika orang yang pakai susuk menjalani sinar-X.

“Mengapa ia boleh dilihat melalui sinar-X? Oleh kerana ia terbuat dari emas dan tembaga, jadi ia kelihatan jelas pada sinar-X,” katanya.

Tasqia sendiri juga masih tertanya-tanya mengapa susuk itu tidak kelihatan semasa pembedahan. Oleh itu, jika susuk itu dijangkiti, sukar untuk mencari sumbernya.

Ulas Tasqia lagi, susuk ini dipasang mengikut permintaan orang yang ingin memasangnya.

“Ia boleh berada di mana saja, pada bahagian kepala, selebihnya di kaki, tangan, perut, dada, payudara, dan lain-lain,” tulis Tasqia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Murai