Hidup Chacha berubah lepas kenal Dato Z

PELAKON Chacha Maembong mengaku kini kehidupannya banyak berubah selepas mengenali seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Z.

Walaupun ada pihak mengatakan kononnya mereka sedang bercinta, namun Chacha menafikan d4kwaan tersebut.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 24, antara dirinya dan Datuk Z hanya rakan niaga yang banyak membantunya dalam selok-belok perniagaan.

“Dia adalah rakan sekerja saya. Selain keluarga, Datuk Z banyak memberikan sokongan kepada saya dan menguruskan bahagian penting dalam syarikat sebab saya sibuk dengan penggambaran.

“Sebagai orang yang masih baru dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.

“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam urusan perniagaan. Alhamdulillah, dia tidak kedekut ilmu,” katanya.

Apabila hubungan rapat mereka mula diperkatakan,ini penjelasan Chacha.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.

“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.

“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.

“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.

“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku