Tanpa sebarang simptom, pemain AC Milan, Ibrahimovic disahkan positif C0vid19

Peny3rang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic didapati positif C0VID-19 pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Berita mengenainya muncul sehari selepas rakan sepasukannya, Leo Duarte, pemain pertah4nan dari Brazil, juga diuji positif.

Dan kini ,AC Milan terpaksa beraksi tanpa kelibat dua bintangnua yang memperoleh gaji paling tinggi.

Kontrak terbaru Ibrahimovic, dilaporkan bernilai EUR7 juta (AS$8.4 juta) untuk membawanya kembali beraksi dengan AC Milan.

Dalam satu ciapannya di Twitter, Ibrahimovic mengatakan beliau tidak menunjukkan gejala dan berjanji untuk memastikan dirinya cepat sembuh.

 

Dalam satu kenyataan, AC Milan berkata pihak berkuasa kesihatan Itali mengarahkan Ibrahimovic dan Duarte menjalani kuarantin di rumah.

 

Hasil ujian semua pemain dan pegawai lain yang turut menjalani saringan didapati negatif. 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku