“Kasih dan sayang akan sentiasa menang”.
Itu kapsyen yang ditulis oleh penyanyi yang sedang meningkat naik, Naim Daniel dalam satu entri di laman Instagramnya baru-baru ini.
Rupa-rupanya ayat itu menunjukkan kepercayaan Naim bahawa jika kek3rasan dilawan dengan kasih sayang pasti akan mendapat impak yang positif juga akhirnya.
Siapa yang masih ingat,awal tahun ini hangat diperkatakan tentang ciapan pengacara Azwan Ali di Twitter yang menyatakan dia tidak mengenali Naim sambil diiringi dengan kata-kata kesat selepas penyanyi itu memenangi Anugerah Juara Lagu.
Naim ketika itu dengan tenang menjawab krit1kan yang diberikan pengacara berpengalaman itu dengan memperkenalkan dirinya dan mendoakan agar Azwan ‘dipeluk cinta Allah sentiasa’.
Kini selepas beberapa bulan kisah tersebut berlalu, Naim Daniel dilihat memuat naik sekeping video melalui Instagram miliknya yang memaparkan beliau menyanyikan lagu terbarunya ,Purnama bersama Azwan.
Tindakan Naim itu menerima pujian daripada netizen apabila sikap rendah diri yang diamalkannya berjaya menundukkan “kelantangan” Azwan Ali.
Azwan dalam ruangan komen meminta maaf kepada Daniel kerana tidak mengenalinya sebelum ini dan memuji ibubapa Naim yang berjaya mendidik Naim.
Tindakan Azwan yang mengakui kesilapannya juga mendapat pujian para netizen.
Sememangnya Naim Daniel ini wajar dijadikan contoh buat orang ramai agar sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapi kr1tikan.
Ingat senang ke nak suruh Diva AA minta maaf? Heheh..
Sumber:thevocket