Pelakon dan penyanyi senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.
Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.
Dalam pada itu, Noorkumalasari juga ada berkongsi mengenai perkembangan terkini kakaknya, Anita Sarawak. Noorkumlasari memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.
“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.
“Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.
“Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.
“Tapi saya tak tahu jika mereka masih berpindah-randah dengan C0vid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari.
Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilagkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air kira-kira 10 tahun lalu.
Selain menghilang tanpa pesanan, panggilan telefon mahupun e-mel rakan karib juga tidak berbalas, mencetvskan pelbagai persoalan mengenai penghibur kesayangan ramai itu.
Susulan itu, pelbagai andaian timbul, termasuk dakwa4n dia s4kit teruk, selain dikatakan sudah bercerai dengan suami keempat, Martin Cox atau Mohammad Mahathir Abdullah dan tidak lagi tinggal di Amerika Syarikat (AS).
Sumber:BH