Ayden menagis nak masuk Singapura kerana rindukan Aliff Aziz

Lulvh hati melihat tangisan anak kecil yang tak tahu apa-apa menagis kerana merindui bapanya.

Itu yang berlaku kepada anak pasangan selebriti, Bella Astillah dan Alif Aziz, Ayden Adrean menagis kerana sangat merindui Aliff Aziz yang kini berada di Singapura.

Bella menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek merakamkan wajah anaknya yang sedang menagis sambil menyebut ‘daddy’.

Paling pilv apabila Ayden yang teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah sebaliknya menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk bertemu Aliff.

“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” tangisnya.

Sementara itu, Bella menerusi coretannya menyatakan ini bukan kali pertama Ayden berkelakuan sebegitu.

“Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menagis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatvh rupanya cari daddynya,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat Ayden dan berharap Bella dapat terus bertabah.

Bella juga kini sedang berusaha agar dapat membawa Aliff Aziz untuk dibawa masuk ke Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Gempak