Linda Nanuwil tak pernah kahwin VIP

“Masih jomblo (bujang) dan saya okay saja dengan kehidupan sekarang,” demikian jawab penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Linda Nanuwil secara ringkas yang menaf1kan d4kwaan pernah berkahwin dengan seorang VIP sebelum ini.

G0sip tersebut muncul setelah Linda tiba-tiba menghilag dari radar industri hiburan.

Linda yang kini berusia 36 tahun sedar ramai yang mempercayai cerita tersebut, namun hakikatnya dia masih solo sehingga kini.

Mengvlas mengenai penyertaannya dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh, Linda berkata, dia tida akan mensia-siakan peluang dimiliki.

“Terus-terang saya tidak sangka mendapat peluang sebegini. Pada mulanya saya hanya mahu menghasilkan single baharu, tetapi dapat pula masuk GV7.

“Dua tahun lalu ketika saya menyuarakan hasrat untuk kembali aktif, ramai peminat yang mahu saya menyertai GV dan berjanji untuk memberikan sokongan.

“Jadi bila ia menjadi kenyataan, semestinya saya tidak akan mensia-siakan peluang meski sebenarnya gementar untuk berada satu pentas dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu Linda juga sempat berkongsi mengenai single terbaharunya yang akan dirilis pada Oktober ini: “Macam tak percaya masih ada yang ingat dan sudi mengikuti perkembangan saya walaupun sudah lama saya hilang dalam industri.

“Saya tahu sekarang ini ramai artis baru, tetapi demi peminat saya bulatkan hati untuk kembali merencana kerjaya seni dengan perancangan single terbaharu, ‘Ikhlaskan Hatimu’, yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik nukilan Lukman S.

“Jika segalanya mengikut perancangan, single tersebut akan rilis pada Oktober depan atau selepas GV berakhir,” tuturnya.

Selain Linda 13 lagi perserta akan berentap dalam GV7 ialah Mus May, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit Rozita Izlyn, Haslienda, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad serta dua buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.

 

 

 

 

 

Sumber:Myartis