“Salam sayang dari kami bertiga”

Alhamdulillah. Pada hari Jumaat penghulu segala hari, Pelakon popular Fazura yang juga isteri kepada Fattah Amin selamat melah1rkan seorang bayi perempuan.

Menerusi instagramnya, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakannya selama ini.

Fattah juga memohon masa kepada peminat untuk mengumumkan nama dan wajah anak sehingga bayinya berusia lebih seminggu.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilah1rkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahs1akan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak h3nti-h3nti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melah1rkan.

“Salam sayang dari kami bertiga,” tulisnya di instagram.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan artis turut mendoakan dan mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah di ruangan komen antaranya Mira Filzah, Lisa Surihani, Alvin Chong, Bella Astillah, Kilafairy, Tomok, Yuna, Dayah Bakar, Fathia dan ramai lagi.

Tahniah Fattah dan Fazura!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku