Dr Zulkifli disahkan positif C0vid19

Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah disahkan positif C0vid19 selepas pulang dari Sabah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui Facebook rasminya.


Melalui portal Malaysia Dateline, ketika ini kesemua kakitangan Yayasan Dakw4h Islam1ah Malaysia (YADIM) Kelantan sudah diarahkan menjalani uj1an saringan C0vid19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli dilap0rkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Pada 25 September pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yadim di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.

Dikatakan juga Senator itu tidak berapa sih4t sejak Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa anjuran program.

Zulkifli juga telah menyampaikan bantvan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantvan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Malaysia Dateline