Pulangkan jam pemberian Shuib, Naim Daniel enggan k0men lanjut

Semua sedia maklum mengenai isu yang pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang kini dalam si4satan pihak Suruhanjaya Pence-gahan Rasvah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang har4am.

Februari lepas, Shuib ada menghadiahi Naim Daniel sebuah jam tangan ketika penyanyi dan pelakon itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Ditanya sama ada mahu memulangkan semula jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi k0men lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

“Berkenaan hal ini, saya tak mahu k0men apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti. Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:myartis