Tahniah Natasha Hudson dan Keith Foo!

Baru-baru ini, pelakon Natasha Hudson memberi bayangan yang dia bakal menamatkan zaman solonya, biarpun telah berdepan kega-galan dalam rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.

Menerusi Instagram miliknya, Natasha berkata, terdapat perkara baik yang bakal berlaku pada 14 Oktober dan turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

“Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal.

“Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda,” tulisnya.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila
rupanya pelakon Keith Foo menjadi pilihan Natasha!

Tetapi jangan salah faham, Natasha dan Keith Foo sebenarnya terpilih menjadi duta bagi produk kesihatan dan kecantikan Crystal C White.

Perkara tersebut dikongsikan oleh aktor tersebut di laman Instagramnya. 

Rakan-rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah kepada Keith dan Natasha atas pemilihan mereka sebagai duta produk tersebut malah ada juga yang menyangkakan yang mereka benar-benar berkahwin!

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.

Menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah berce_rai dengan Noor Nashriq Sekarnor tahun lalu. 

Sementara Keith Foo pula berpisah dengan model yang dikenali sebagai Kim Raymond pada Disember tahun lalu setelah dua tahun tidak tinggal bersama.

 

 

 

 

 

Sumber: IG Keith Foo