Suami sokong Sarah Hildebrand tidak lagi bertudung

Pelakon dan pengacara berda-rah kacukan Melayu-Inggeris Sarah Hildebrand mula mengenakan hijab sekitar tahun 2015.

Meskipun berhijab, Sarah tetap muncul di dalam drama bersiri popular seperti Pujaan Hati Kanda, Suami Tanpa Cinta, Rindu Awak 200%, Suami Tanpa Cinta dan banyak lagi.

Namun baru-baru ini dia mengambil keputusan untuk membuka tudung atau tidak mengenakan hijab lagi.

Keputusan Sarah ini turut disokong sepenuhnya oleh suaminya, Otto Gillen.

“I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions.

“That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulis Otto pada Instagram (IG) stories miliknya.

Manakala Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand juga memuat naik status yang mempersoalkan, mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pemben-ci dan tidak bertimbang rasa.

“Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?” tulis Sarah.

Kemudian menerusi IG Stories, Sarah turut memuatnaik tiga video pendek berkenaan soalan yang diajukan.

Dalam pada itu Sarah juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.

 

Hmm..keputusan dah pun dibuat. Kita doakan yang baik-baik buat Sarah ya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku