113 warga PDRM, ahli keluarga p0sitif C0VID19

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 113 pegawai dan anggota serta penjawat awam lain dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama ahli keluarga, disahkan positif C0VID19 dan sedang menjalani raw-atan di h0spital seluruh negara.

Selain itu,sejumlah 2,688 warga PDRM lagi dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Mereka yang disahkan p0sitif C0VID-19 terdiri daripada tujuh pegawai kanan polis, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga.

“Mereka yang sedang menjalani kuarantin 14 hari pula terdiri daripada 354 pegawai kanan polis, 1,926 anggota polis, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Beliau sekali gus memaklumkan bahawa dirinya juga turut menjalani perintah kuarantin kendiri di rumah, bermula semalam.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH